Syarikat

Pengenalan Syarikat Dimaz Industries Sdn Bhd

Sebagai sebuah syarikat bumiputera kami amat berbangga kerana dapat membantu menyumbang, menaikkan taraf ekonomi negara di masa kegawatan ekonomi global ini. 



Dengan penubuhan syarikat Dimaz Industries Sdn Bhd (DISB) pada tahun 1998 kami telah melalui pelbagai masalah untuk dikenali sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju dan berdedikasi untuk menaikkan industri herba negara secara lebih efisien dengan moto 'HERBA TERAS KEHIDUPAN'.



Untuk menghasilkan produk konsentrasi herba yang baik. DISB telah mendirikan sebuah kilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB) atau (GIMP). Gabungan dari kilang ini telah menaikkan keyakinan syarikat bagi menghasilkan produk herba yang bermutu tinggi bagi rawatan dan penjagaan kesihatan secara menyeluruh. DISB juga telah merealisasikan penggunaan herba untuk menjadikan produk pilihan bagi penjagaan kesihatan selari dengan tuntutan agama seterusnya menaikkan taraf produk herba tradisional khususnya di Malaysia.


Produk DISB telah didaftarkan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan mendapat perakuan pendaftaran produk di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia. Kelulusan ini membuktikan kualiti dan keselamatan produk untuk digunakan mengikut piawaian yang dihasilkan serta melengkapkan DISB sebagai pengeluar dan pengedar produk herba tradisional yang berkualiti dan bermutu tinggi.



Untuk mempromosi dan menambahkan hubungan perdagangan secara global, Dimaz Delima Industries Sdn Bhd (DDISB) pula ditubuhkan untuk meningkatkan permintaan dalam mempromosikan produk herba Dimaz Delima di dalam dan luar negara.